Setahun berlalu, ada kemajuan atau tidak ?

Assalamualaikum ...

Hari nie bersarapan di rumah..setiap hari pun bersarapan di rumah, cuma kebiasaannya yaya yang tak sempat nak makan. Yalah kita dah siapkan..tapi mulut sendiri tak sempat nak ngap..akhirnya tapau makan di pejabat. Kadang2 tu cuma siapkan bekal Wafiq..bekal Yaya Mr.TMFS beli nasi lemak je kat warung. 

Hari ni suamiku macam ada sedikit geram campur nak marah tapi tak berapa nak marah .. hahaha... kan abang kan? hehe.. sod ba ro... sabarrr ye abang.. anak kesayangan ambik kepala robot bawak gi sekolah! lepas tu tak bawa balik.. rasanya dah bagi kat kawan dan kawan tak pulangkan.. bila tanya Wafiq tak jawab..agaknya dia masih terfikir-fikir mana dia letak kepala robot tu..

robot tu bukan kepunyaan Wafiq..tapi salah satu koleksi robot-robot / gundam kesayangan ayah.. 'Mainan' ayah lagi banyak dari mainan Wafiq okeh!

Maunya ayah tak bengang kan? haha.. sod ba ro abang... hmmmm....

dah-dah.. kita berbalik pada persoalan ada kemajaun ke tak? hehe..

Hari ke-2 persekolahan tahun ni Wafiq bawa balik hasil kerja dari Tadika. Rasanya masih belum start belajar secara formal.. jadi melukis  dan mewarna je lah agaknya. Tahun lepas pun sama pada hari pertama persekolahan pun bawa balik hasil mewarna.

Tahun 2014 dapat 3 bintang, Tahun 2015 dapat 2 bintang! Itulah perbezaan pertama yang dapat dikenalpasti. haha.. Wafiq oo Wafiq..

Bapa sedondon baju sampai ke kasut.
eh bapa nie.. memang suka pakai sedondon baju sampai ke kasut eh? ;)

Lukisan ke-2 tak siap..banyak main nih! tapi nampak yg ke-2 tu lg cantik kan. warna makin terang, makin kemas. Kalau dapat siapkan lukisan nie mesti nampak bertambah cantik.






.

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. haah gambar ke dua tu lagi kemas warnanya...siap gambar emak pakai baju color block lagi :p

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post