Air Putih Kena Cukup, Jadual Pam Susu Kena Konsisten

Assalamualaikum ..

Air Putih Kena Cukup, Jadual Pam Susu Kena Konsisten | Semenjak 3 minggu ni rasa air masak sangat tak sedap. Rasa payau, rasa masin semua ada..macam mana nak minum? macam mana nak telan? kalau nak kumur masa berwudhuk pun rasa semacam. Berteriak Wafiq masa gosok gigi . ' ibu, kenapa air nie tawar?!!!' hahaha...dan dan rasa tawar lah pulak.



Tapi 2 3 hari nie dah semakin ok..dah boleh telan..so dah boleh habiskan 2 liter sebelum petang.. Alhamdulillah...

bukan apa .. yaya kan menyusu badan, kalau menyusu badan air masak kena cukup.. makan pun kena cukup.hihi.. sayu je hati bila nak balik kerja campur2 semua . hah? 15oz ? 13oz? biasa yaya akan dapat 21-23 oz 3 kali sesi pam di pejabat.. banyak kan drop..hmmm...

tambahan pulang musim audit akaun..kadang kelaut waktu pam susu..waktu pam kena konsisten. Biar kilang susu kita tau dan hafal bila waktu kena release product.. itu yang pentang waktu pam susu..jangan skip waktu pam.. alahai.. yaya dah tau semua nie..tapi ada masa terbabas jugak. sekarang saya insaf!!! ;)

demi melaksanakan hajat dihati dan tanggugjawab ibu kepada anak serta memberi hak yg sepatutnya kepada anak yakni melengkapkan penyusuan susu ibu selama 2 tahun yaya kena kuat semangat! kena kental!

Sekarang Wazif baru 7 bulan. Masih jauh perjalanan penyusuan.


Moral :

~ walaupun makan supplement tapi tak cukup air pun tak jadi juga

~ walaupun makan supplement tapi jadual pam tak tentu pun tak jadi juga


Keperluan Air Putih/Air Masak

Asanya :

Setiap 25 kg berat badan anda pelu minum 1 liter air putih. Kalau 50kg 2 liter lah.. kalau macam yaya berat tak sampai 50kg 2 liter sudah mencukupi.. tapi disebabkan yaya menyusukan anak dan makan supplement iaitu set menyusu shaklee yaya kena lah upkan water intake.. dapat minum 3 liter sehari lg bagus!



Jadual Mengepam Susu

Yaya tetapkan 3 kali sesi mengepam sehari di pejabat. Malam direct feeding. Jadual pam susu di office pula :

1) Jam 9.30 pagi
2) Jam 12.30 tengah hari
3) Jam 4.30 petang

15 minit hingga 20 minit satu sesi..



'Semoga Allah permudahkan perjalanan penyusuan Yaya dan juga ibu-ibu di luar sana...amiinn...'








.

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post