Tanggungjawab

Assalamualaikum ....

Mata belum mengantuk...wafiq pulak baru tertidur...jenuh jugak nak bg dia tidur.. mula2 dia mintak bacakan buku kisah ayam dengan musang..baru masuk page 2 wafiq dah bg tau ending..hhaha..dia dah hafal dah citer tu macam mana..pastu mintak buku kisah ayam dengan helang..tapi buku tu ada kat rumah tok ma..so cancell.hihi..then mintak ibu dia nie nie nyanyikan lagu dalam citer Geng upin ipin tu...ala lagu...'tanam-tanam ubi..tak perlu dibaja...orang berbudi..kita berbahasa....lalalla...' tapi makin cerah pulak mata dia..tak jadi macam nie..terus ku nyanyi lagu ABC rentak paling slow....kehkeh..rasanya kalau bilang yaya repeat lebih 15 kali baru dia tidur...alahai anak ibu...susah betul nak  tidur...

tengah2 malam nie entri ringkas2 aje la ye..malas la nak tepek2 gambo ..hihi...dah lama yaya nak kongsi info nie..baca kat majalah solusi...Ianya pada asalnya dalam bentuk jadual..tapi tak pe...yaya derhakakan sikit cara penyampaian tu...

Ianya berkenaan PERKARA YANG DILAKUKAN KEPADA IBU BAPA ...sekarang kita nak checklist tanggungjawab kita kepada ibu dan bapa kita ..

  1. mendoakan ibu bapa
  2. menziarahi mereka di kampung
  3. menghantar duit belanja
  4. menyediakan kos rawatan
  5. menghubungi mereka untuk bertanya khabar
  6. memberi hadiah
  7. mengingati perkara penting dan memberi ucapan kepada mereka


Adakah kita dah buat semua perkara di atas ? kalau dah buat kekerapannya pulak macam mana..konsisten ke tak ? kalau tak pernah buat kenapa pula ? mesti bersebab kan ....

sesibuk manapun kita jgn sekali dilupa pada mak dan ayah..sekaya manapun ibu dan bapa kita jgn lupa tanggungjawab kita pada mereka...kalau kewangan kita tak mengizinkan untuk kita beri pada mereka ingat lah sekecil manapun kebaikan kita pada mereka walaupun hanya sekadar peluk cium tersangatlah mereka hargai...hargai lah mereka sementara mereka masih ada...











2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post