Rumah Blogger Rocky’s Bru Dipecah Masuk

KUALA LUMPUR, 7 Jan. - Rumah Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger Rocky’s Bru dipecah masuk dan kereta jenis Peugeot 407 miliknya dicuri awal pagi ini di Taman Damai Utama, Puchong.
Ahirudin, 49, yang juga Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan ketika dihubungi Bernama berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur.
"Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira pukul 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas,” katanya.
Ahirudin berkata, bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah.
Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu. - Bernama


2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Salam.

    Kesiannya. Macamanelah boleh jadi macamtu. Ish gilerh banyak amaun tu.

    Apezs dah follow sini. Sila dtg ke blog kita.

    ReplyDelete
  2. thx for following,,
    just followed u back ;)

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post