1.1.11

pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru...kalo ikut tahun umur pun dah bertambah setahun...cepat betul masa berlalu...biasa tahun baru mesti kita cakap pasal azam baru...azam tak kesampaian tahun lepas..setakat tahun lepas tak pe laa...tapi dah bertahun azam tak menjadi kenyataan...cam mana tu ?? hihi...

aku macam biasa...tempuhi hidup seadanya...tapi macam tahun2 sudah jugak..berharap jadi lebih baik..lebih cemerlang...itu aje...

tapi nampaknya mood tahun baru tak berapa nak menjadi..dah ler musim tengkujuh tak habis lagi...hujan je memanjang..tp ok la..kalo panas je memanjang pun susah jugak kan..bersyukur seadanya...

wafiq pulak start petang semalam demam..aku pulak baru jer balik hospital pergi ziarah ofis mate kena denggi...tak sanggup aku nak tengok lama2..aku keluar dari bilik dia tu tinggalkan mr hubby ngan seorang lagi ofis mate aku yang lain..aku kenal dia seorang yg cukup ceria tapi bila tengok keadaan dia macam tu aku jd tak sanggup..semalam dah buat ct scan..ptg semalam lak lepas aku balik dr ziarah dia doktor ambik air tulang belakang..Ya Allah berikanlah kesembuhan kepada sahabatku...balik je rumah jd emo tul bila tengok dah 6.30 ptg tingkap tak tutup lagi...semua org aku marah...badan wafiq lak dah panas...demam skit2 skang nie bukan boleh dibiarkan...macam2 penyakit ada skang nie..harap2 dijauhi semua tu...

awal pagi nie pula kawan sekampung aku meninggal dunia..kene kanser..kanser ape tak pasti..kawan satu tadika n satu sekolah rendah...tak sangka dia pergi dulu..last aku jumpa dia pun dah lama..tapi tengok sihat jer dia..tak sangka dia pergi dulu.....

Ya Allah...lindungilah kami hamba Mu yang tak berdaya ini...berikanlah kami kesihatan yang baik untuk beribadat kepada Mu Ya Allah...jauhilah kami dari hasad dengki manusia...lindungilah kami dari godaan syautan...berikanlah kami kekuatan dalam menghadapi segala dugaan...amin....


Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post